Friday, February 27, 2009

Mengadakan acara melenggang perut


Soalan :

Keluarga isteri saya mahu mengadakan acara melenggang perut. Saya amat bimbang dengan masalah ini, kerana menurut pemahaman saya (berdasarkan KHUTBAH MASJID NEGARA KUALA LUMPUR
Tarikh Khutbah : 19/04/2002
Tajuk : TAHYUL DAN KHURAFAT MEMBELENGGU MINDA UMMAH) telah menyenaraikan bahawa melenggang perut adalah sebahagian daripada khurafat dan tahyul. Saya juga berpendapat sama seperti khatib ini kerana acara melenggang perut tidak mempunyai sebarang sandaran agama sama ada Al-Qur'an, Sunnah, Ijma atau Qias. Oleh itu, sesuatu yang tidak mempunyai sandaran adalah baru dan jika demikian ia adalah bidaah dan wajib dijauhi. Apa pendapat Tuan dan bagaimana saya mahu menjelaskan kepada mereka kerana saya amat tidak redha akan perkara ini, saya wajib melindungi anak saya daripada perlakuan yang menyalahi hukum Allah dan pada saya menidakkan kebijaksanaan Rasulullah. Saya bimbang jika saya turuti mereka kerana semata - mata menjaga hati tetapi pada masa yang sama saya telah menyakiti hati Rasulullah S.A.W. Sedangkan kita tahu kita wajib menyintai Rasulullah lebih daripada ibubapa dan keluarga sendiri ataupun apa sahaja(Al Hadis: Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia menyintai aku lebih daripada......hingga habis)...

Jawapan :

Tahniah diucapkan di atas pendirian saudara sebagai seorang suami yang ingin menyelamatkan zuriat saudara dari dicemari oleh unsur-unsur khurafat yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, saudara hendaklah bertegas dalam pendirian tersebut dengan cara berhikmah agar tidak menimbulkan perasaan kecil hati dan tersinggung kepada mertua saudara. Saudara boleh mencadangkan kepada keluarga isteri supaya membuat kenduri doa selamat untuk memohon kesejahteraan kandungan.

0 comments:

Post a Comment

 

Kemusykilan Agama Copyright © 2008 D'Black by Ipiet's Blogger Template