Monday, March 16, 2009

hukum tidak bertudung bagi wanita?

1 comments
Soalan :

Apakah hukum tidak bertudung bagi wanita?Mengapa ramai pemimpin wanita dan isteri pemimpin tidak bertudung? Saya sangat keliru sedangkan mereka malaungkan Islam Hadhari..

Jawapan :
Wanita Islam wajib menutup aurat sebagaimana maksud Firman Allah SWT:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka ( daripada memandang yang haram), dan memelihara pandangan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya".
Read More..

Friday, February 27, 2009

Pandangan Islam tentang horoskop dan kepercayaannya

0 comments
Soalan :
Apakah pandangan Islam tentang horoskop dan kepercayaannya di kalangan masyarakat yang beragama Islam?

Jawapan :
Sekiranya umat Islam berkeyakinan dengan apa yang diramalkan maka hukumnya adalah syirik kerana telah menyengutukan kuasa Allah SWT dalam menentukan urusan kehidupan manusia. Oleh yang demikian umat Islam hendaklah mengelakkan diri dari segala unsur-unsur yang boleh merosakkan akidah..
Read More..

Bermain di rumah lama saya

0 comments
Soalan :
Semenjak awal bulan lepas, hampir setiap minggu, saya bermimpi dan saya dapati saya sedang bermain di rumah lama saya, tidak kira dengan siapa saya bermain.tetapi mimpi sebegitu yg kali pertama turut melibatkan kedua adik saya yg telah meninggal dunia semasa rumah lama itu terbakar lebih kurang 6 tahun yg lalu. bolehkah saya tahu apakah alamat daripada mimpi saya itu?

Jawapan :
Mimpi adalah mainan tidur semata-mata. Saudari janganlah berpegang dan meyakini sesuatu yang dilalui semasa mimpi. Oleh yang demikian sebelum tidur hendaklah mengambil wudhu, membaca 3 qul dan berselawat.
Read More..

Mengadakan acara melenggang perut

0 comments
Soalan :

Keluarga isteri saya mahu mengadakan acara melenggang perut. Saya amat bimbang dengan masalah ini, kerana menurut pemahaman saya (berdasarkan KHUTBAH MASJID NEGARA KUALA LUMPUR
Tarikh Khutbah : 19/04/2002
Tajuk : TAHYUL DAN KHURAFAT MEMBELENGGU MINDA UMMAH) telah menyenaraikan bahawa melenggang perut adalah sebahagian daripada khurafat dan tahyul. Saya juga berpendapat sama seperti khatib ini kerana acara melenggang perut tidak mempunyai sebarang sandaran agama sama ada Al-Qur'an, Sunnah, Ijma atau Qias. Oleh itu, sesuatu yang tidak mempunyai sandaran adalah baru dan jika demikian ia adalah bidaah dan wajib dijauhi. Apa pendapat Tuan dan bagaimana saya mahu menjelaskan kepada mereka kerana saya amat tidak redha akan perkara ini, saya wajib melindungi anak saya daripada perlakuan yang menyalahi hukum Allah dan pada saya menidakkan kebijaksanaan Rasulullah. Saya bimbang jika saya turuti mereka kerana semata - mata menjaga hati tetapi pada masa yang sama saya telah menyakiti hati Rasulullah S.A.W. Sedangkan kita tahu kita wajib menyintai Rasulullah lebih daripada ibubapa dan keluarga sendiri ataupun apa sahaja(Al Hadis: Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia menyintai aku lebih daripada......hingga habis)...

Jawapan :

Tahniah diucapkan di atas pendirian saudara sebagai seorang suami yang ingin menyelamatkan zuriat saudara dari dicemari oleh unsur-unsur khurafat yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, saudara hendaklah bertegas dalam pendirian tersebut dengan cara berhikmah agar tidak menimbulkan perasaan kecil hati dan tersinggung kepada mertua saudara. Saudara boleh mencadangkan kepada keluarga isteri supaya membuat kenduri doa selamat untuk memohon kesejahteraan kandungan.
Read More..

Majikan yang pernah berjanji pada pekerjanya

0 comments
Soalan :

Apakah hukumnya majikan yang pernah berjanji pada pekerjanya untuk memberikan ganjaran perkhidmatannya tetapi tidak memberikan walau sedikit pun sedangkan ia mampu memberinya . Apakah pula hukumnya jika seseorang pekerja tidak menghalalkan titik peluhnya kerana gajinya tida dibayar ?

Jawapan :

Majikan tersebut tergolong dalam orang-orang yang munafiq kerana memungkiri janjinya.Berkenaan dengan sikap pekerja yang tidak redha dengan kerjanya akibat tidak dibayar gaji, ia terpulang kepada pekerja tersebut kerana itu adalah haknya.
Read More..

Ada 4 mazhab fikah dalam islam

0 comments
Soalan :

Ada 4 mazhab fikah dalam islam. bolehkah kita mengambil bahagian yang mudah daripada setiap mazhab dalam urusan kehidupan kita . seperti bersentuh kulit lelaki dan perempuan dalam mazhab syafiee batal sedangkan dalam mazhab yang lain tidak. dan kita mengambil mazhab lain .dengan erti kata yang lain.dalam kehidupan harian ini kita mengamalkan 4 mazhab (mengamalkan sesuatu yang mudah dan ringan)

Jawapan :

Setiap amalan kita hendaklah berdasarkan kepada ilmu. Tujuan 4 mazhab itu adalah bagi memudahkan ibadah dan melaksanakan ibadah dengan sempurna.

Sebaik-baiknya kita berpegang kepada satu mazhab yang benar-benar kita yakini sebagai panduan. Walaubagaimanapun, ulama' tidak menyekat kita untuk bertaqlid dengan mazhab lain.

Islam tidak menggalakkan umatnya bertukar-tukar mazhab bagi kepentingan diri sendiri.
Read More..

Thursday, February 26, 2009

Syirik yang sering berlaku dalam kehidupan

0 comments
Soalan :

Saya ingin bertanya tentang syirik- syirik yang sering berlaku dalam kehidupan seharian kita tetapi kita tidak menyedarinya.

Jawapan :

Syirik boleh berlaku melalui i'tiqad (keyakinan), perbuatan atau perkataan. Di antara syirik yang sering berlaku dalam kehidupan kita tanpa disedari ialah mengakui dan meyakini bahawa seseorang bomoh itu berkuasa menyembuhkan pesakit.Sekiranya bomoh itu tak mengubatinya, mungkin dah lama dia meninggal dunia. Dalam hal ini, secara tidak langsung dia telah menyengutukan Allah SWT dengan kata lain bahawa bomoh itu sahaja yang boleh berkuasa menyembuh penyakit tersebut. Sedangkan Allah SWTlah yang Maha Berkuasa di atas segala-galanya. Cth. lain: mempercayai pokok-pokok besar mempunyai kuasa dan seumpamanya.
Read More..
 

Kemusykilan Agama Copyright © 2008 D'Black by Ipiet's Blogger Template