Wednesday, February 11, 2009

Mendapatkan perkihmatan dari mahluk halus


Soalan
:
Saya ada penyakit histeria dan mendapatkan rawatan dari salah seorang kawan bapa saya. Beliau mendapatkan perkihmatan dari mahluk halus iaitu org bunian. Sepanjang perubatan saya tidak sedarkan diri dan saya dirawat dihadapan org ramai dan didepan ibubapa saya, tetapi cara ubatannya agak mengelirukan saya. Ini kerana saya dtampar, ditarik rambut dibahagian umbut2 kepala dan dicampak.Ini mengakibatkan badan saya sakit-sakit dan tidak bermaya.Yang menjadi kemuskilan saya adakah benar org bunian ni menolong saya dgn cara yang kasar atau sebaliknya dan tidak kah ini bertentangan dgn ajaran agama Islam ?

.

Jawapan
:
Diantara tujuan utama Allah menurunkan Al-Qur'an kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui malaikat Jibril AS sebagaimana saudari maklum ia adalah sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

" Dan Kami turunkan dari al-Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman....." ( surah al-Isra' : 82)


Oleh yang demikian, tidak salah jika saudari berubat secara tradisional dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur'an sebaliknya pula, perbuatan seperti yang saudari ceritakan di atas, itu adalah menyalahi hukum syarak kerana dikhuatiri syirik hukumnya kerana menggunakan makhluk halus untuk memohon pertolongan selain daripada Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment

 

Kemusykilan Agama Copyright © 2008 D'Black by Ipiet's Blogger Template