Wednesday, February 11, 2009

Hukum seorang mengucapkan perkataan 'Jesus Christ'


Soalan
:
Apakah hukum seorang lelaki Muslim mengucapkan perkataan 'Jesus Christ'? Beliau sering mengeluarkan perkataan ini pada masa-masa beliau ingin melahirkan rasa terkejut (to exclaim). Penggunaan perkataan tersebut pula adalah sangat nyata dan terlalu kerap sehingga menumbulkan rasa kurang senang orang-orang disekelilingnya
.

Jawapan
:

Jika dia menyebut perkataan tersebut dalam keadaan sedar, ia boleh menyebabkan rosak akidah. Oleh itu bertaubatlah dan buangkanlah amalan tersebut serta gantilah dengan kalimah-kalimah zikir seperti ' alhamdulillah ', ' masya Allah' dan seumpamanya.

Sebaliknya, jika ia berlaku ketika dia terkejut sahaja, boleh jadi disebabkan dia seorang yang melatah, hukumnya tidak merosakkan akidah. Namun begitu, beliau dinasihatkan agar mengelakkan daripada mengulangi menyebut perkataan tersebut kerana dikhuatiri menjadi tabiat buruk yang besar kemungkinannya boleh menjejaskan akidahnya.

0 comments:

Post a Comment

 

Kemusykilan Agama Copyright © 2008 D'Black by Ipiet's Blogger Template